CARA – CARA MENGISI
BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN
(ONLINE)
"Buku merah jangan lupa bawa moga moga sudah sampai
tempoh"
Untuk
memudahkan perjalanan tuan / puan ke pusat kutipan darah kami, sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kami memohon para penderma untuk:
A) Membawa buku / kad penderma darah (untuk
penderma regular)
ATAU
B) Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara online di https://regdonor.bbis.moh.gov.my/.
Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak oleh penderma.
Sila tunjukkan buku derma darah / borang pendaftaran penderma
darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah kami.
Terima kasih atas jasa baik tuan/puan.
Segala kesulitan amat dikesali.