Walau bagaimanapun ada segelintir dikalangan masyarakat kita seringkali memberi alasan untuk tidak menderma darah.
Antara alasan-alasan yang biasa kita dengar
1. Saya telah menderma sekali, mengapa mesti saya menderma sekali lagi
- Terima kasih di atas sumbangan anda. Pendermaan darah yang berterusan dari setiap penderma darah adalah penting bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi
- Semua kumpulan darah amat diperlukan, sumbangan setiap penderma darah diambil kira, termasuk darah anda juga
- Bukan semua orang yang mengambil ubat dikecualikan daripada menderma darah. Pengecualian itu bersifat sementara. Sila hubungi Pegawai Perubatan kami sekiranya anda mempunyai kemusykilan
- Setiap kali anda ingin menderma darah, kepekatan darah anda akan diuji bagi memastikan anda benar-benar layak untuk menderma darah
- Takut kepada cucukan jarum adalah perkara biasa. Namun ubat pelali akan diberikan untuk menghindarkan rasa sakit
- Setiap orang mempunyai purata 4 liter hingga 7 liter darah didalam badan. Hanya 350ml hingga 450ml darah sahaja didermakan bergantung kepada berat badan dan tekanan darah anda
- Anggapan itu tidak benar. Tiada bukti klinikal yang menunjukkan berat badan akan bertambah selepas menderma darah
- Ini bergantung kepada penyakit yang anda hidapi. Anda boleh menderma darah selepas anda benar-benar sembuh. Anda perlu menunggu satu jangka masa tertentu. Rujuklah kepada Pegawai Perubatan
- Semua orang pun begitu, ingatlah anda dapat menyelamatkan nyawa dengan masa yang anda telah luangkan
- Isipadu darah akan kembali seperti sediakala selepas menderma darah. Anda dinasihatkan berehat seketika sambil menikmati jamuan ringan sebelum kembali bertugas. Elakkan aktiviti yang menggunakan tenaga maksima seperti bersenam buat beberapa jam selepas menderma darah
Sumber Pusat Darah Negara